Amazing Quran

Monday, June 8, 2009

AWAN dah hujan..

dari mengabang telong ke wakaf tengah
mahu mencari buah stroberi (ada ke?)
berbondong bondong mencari rumah
tempat berlindung bersama suami (apekah?)

air mawar direnjis-renjis
bagi wangi sampai ke laman
bile bergaduh aku yang nangis
tapi dia selamba gaban

hari hari geli geleman
asik berangan sampai cloud 9
tempoh bertunang banyak dugaan
tabahkan hati kuatkan iman

cari reben buat hiasan
try baju tengok cermin
perlahan-lahan buat persiapan
doakan kami sampai pelamin



3 comments:

+lolly+ said...

hihihi..pantun seloka ke? ;D

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

amboi..berpantun2 kak haza nih..nyway, semoga berkekalan sampai ke jinjang pelamin sis! n of course sampai ke akhir nyawa..Amin~

h@z@11 said...

tq qila, tetiba teringat zaman pesta pantun la plk,hehehehe

 
blog template by suckmylolly.com