Amazing Quran

Tuesday, March 24, 2009

detik yang hilang

Pantai Pulau Sekeping, Kemaman, the sampling site



Suhu 33 degree amat mencabar fizikal yg tlh lama tdk diuji


Dengan nama ALLAH,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"...(Al-'Asr: 1-3).

dh lma xmenulis, kesibukan dgn persediaan pengajian yg diidam2kn, tmbah lg dgn kesihatan yg kurg memberansangkan akhir-akhir ini, membuatkan haza byk merehatkan diri. tp dek kerana tunang haza dh start membaca blog haza ni, terpanggil jgk nk update blog nih, hehe...result IELTS membuatkan haza tarik nafaz lega..xtau sempat ke x nk pkai band 7 ni utk phd nnt, tp xpelah, syukur ALLAH kurniakan rezeki ini, pada ketika ini..semoga perjalanan yang bakal ku tempuh akan dipermudahkanNYA, AMIN.

teringat perbualan dgn seorang ofismate pg td ttg sebuah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf yg diterbitkan 2x sebulan..majalah yg penuh dgn 1001 (mgkn lbh lg) ceritera masyarakat. ia banyak mengajar wanita erti kehidupan di samping kisah2 benar yg disajikan sebagai tauladan hidup kt. sy seorang yg suka membaca, termasuklah bahan2 bacaan yang sewaktu dgn majalah kegemaran bonda saya ni. benarlah kata2 mambaca menambah ilmu, ia banyak mematangkan diri sy demi menempuh kehidupan yg serba mencabar ini (teringat pula kpd Surah Al-'Alaq, ALLAHUAKBAR!).

kurniaan ALLAH tiada batasnya. sy memujuk ht yg degil utk menerima keadaan sy skrg. keinginan hati di luar kemampuan diri, mgkn itulah yg bernama hati, selalu berdetik tanpa iringan logik akal. pasti kerana itulah disebut iman letaknya di hati, kerana hati selalu berbolak balik dan kt pula di ajar doa utk menetapkan hati. 

kita selalu mengingati saat2 lampau yg indah, sering pula kt mengangankn keindahan itu berulang2 dlm hdp kt..ku bisik pada diri sndiri, kebahagiaanku mahupun kedukaanku adalah milik ALLAH, aku tiada kuasa melainkan hanya jika Dia sudi berbelas kasihan terhadapku.

Sabarlah duhai hati, destinasimu ada di sini.



0 comments:

 
blog template by suckmylolly.com