Amazing Quran

Tuesday, March 24, 2009

detik yang hilang

Pantai Pulau Sekeping, Kemaman, the sampling site



Suhu 33 degree amat mencabar fizikal yg tlh lama tdk diuji


Dengan nama ALLAH,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"...(Al-'Asr: 1-3).

dh lma xmenulis, kesibukan dgn persediaan pengajian yg diidam2kn, tmbah lg dgn kesihatan yg kurg memberansangkan akhir-akhir ini, membuatkan haza byk merehatkan diri. tp dek kerana tunang haza dh start membaca blog haza ni, terpanggil jgk nk update blog nih, hehe...result IELTS membuatkan haza tarik nafaz lega..xtau sempat ke x nk pkai band 7 ni utk phd nnt, tp xpelah, syukur ALLAH kurniakan rezeki ini, pada ketika ini..semoga perjalanan yang bakal ku tempuh akan dipermudahkanNYA, AMIN.

teringat perbualan dgn seorang ofismate pg td ttg sebuah majalah terbitan Kumpulan Karangkraf yg diterbitkan 2x sebulan..majalah yg penuh dgn 1001 (mgkn lbh lg) ceritera masyarakat. ia banyak mengajar wanita erti kehidupan di samping kisah2 benar yg disajikan sebagai tauladan hidup kt. sy seorang yg suka membaca, termasuklah bahan2 bacaan yang sewaktu dgn majalah kegemaran bonda saya ni. benarlah kata2 mambaca menambah ilmu, ia banyak mematangkan diri sy demi menempuh kehidupan yg serba mencabar ini (teringat pula kpd Surah Al-'Alaq, ALLAHUAKBAR!).

kurniaan ALLAH tiada batasnya. sy memujuk ht yg degil utk menerima keadaan sy skrg. keinginan hati di luar kemampuan diri, mgkn itulah yg bernama hati, selalu berdetik tanpa iringan logik akal. pasti kerana itulah disebut iman letaknya di hati, kerana hati selalu berbolak balik dan kt pula di ajar doa utk menetapkan hati. 

kita selalu mengingati saat2 lampau yg indah, sering pula kt mengangankn keindahan itu berulang2 dlm hdp kt..ku bisik pada diri sndiri, kebahagiaanku mahupun kedukaanku adalah milik ALLAH, aku tiada kuasa melainkan hanya jika Dia sudi berbelas kasihan terhadapku.

Sabarlah duhai hati, destinasimu ada di sini.



Wednesday, March 11, 2009

Pemimpin Hati

Pantai Teluk Cempedak yg menawan


Salam kawan-kawan,

harini haza ada few things nk kene setel..berdebar nk tunggu result ielts..idp kate dh post tp blm smpai2 lg..adakah slogan "Dijamin sampai esok" benar2 berlaku, ??????

haza terbaca 1 blog menyentuh ttg peranan lelaki dalam hidup wanita..sesungguhnya benar seperti Firman ALLAH yang bermaksud: Lelaki adalah pemimpin Wanita. tp dlm fenomena akhir zaman skrg  ni kt lihat perkara ini dh semakin kurang..senang ckp ssh nk cari lelaki yg baik, yg boleh menjadi pemimpin kuarga, pemimpin diri kt dan anak2 kt..bilangan penganggur lelaki melambak2, tak masuk yg kat penjara & pusat serenti (walaupun tdk dinafikan wanita pn ada jg)..

tp yg haza nk highlight ialah peranan kt sebagai bakal ibu (dan ibu - bg yg tlh menimang cahaya mata)..apalah sgt yg mampu kt lakukan demi nk mengubah dunia ini kn..tp ada 1 perkara yg kt boleh sumbangkan tau, iaitu Lahirkan Zuriat Yang Soleh. kalau kerajaan xboleh nk adakan program2 pembangunan lelaki (haza rasa patut diwujudkan Kementerian Pembangunan Lelaki, ada sape2 setuju?) mahupun terbitkan majalah khas utk bapa dsb, kt ptt asuh & didik anak lelaki kt supaya jd lelaki sejati. sedih ht ble tgk ada parent yg ajar ank lelaki mereka pkai ala-ala pompuan, HELO.......

selain menyokong suami dalam segala hal (yg tdk bertentangan dgn agama suci kt), kt kene wujudkan kesedaran pd suami kt (bakal suami pn bole) utk berlaku kelelakian di hadapan mahupun belakang ank2, maklum bdk2 ni suka meniru perlakuan org dewasa (xcaye kt tgk adik2 kt, tgk diri sendiri lg bagus tp selalunya kt xperasan pn)..sebagai bakal bapa & ibu, kt kene tingkatkan ilmu parenthood nih, ambil dari Al-Quran dan Sunnah, sedangkan Yahudi pn amalkan ajaran Islam utk hasilkan ank2 yg cerdas apatah lg kt yg dh mmg mengaku org Islam ni kn..wujudkan jg suasana pemimpin yg adil dalam keluarga supaya ank2 kt nnt akan menjadi pemimpin yg adil, insyaALLAH..

w'pn haza ni belum kawin, mcm kawan2 yg membaca blog ini, kt mst da imagine nk anak2 yg mcmane kn..hal ni nmpk kecik tp percayalah impaknya besar..muslimah2 di palestin telah betekad utk lahirkan ank2 lelaki seramai yg boleh demi menggantikan para syuhada di sana..kt pn memikul tanggungjawab yg sama..lahirkanlah lelaki yg menghormati wanita..lelaki yang memimpin hatinya ke jalan ALLAH..

wassalam.


Aku x mampu jd pelita, tp izinkan aku jalan bersamamu dgn lampu picit..



Tuesday, March 10, 2009

Kasih + Sayang = Iman

Dear friends,


Khas utk kwn2 sume, Haza nk kongsi serba sedikit ttg dri haza nih..terutama kpd kwn2 yg dh lost contact especially bdk2 bioD (bdk2 lg ke?) batch 03-06. Haza & Chong tlh pn mengikat tali (smpai bersimpul2) pertunangan pd 21-12-2008 yg lalu..mjlis berjln lncr dgn dihadiri oleh 40 orang saudara mara sblh haza dan 40 org dari sblh Chong..9 dulang berbalas 11..kedua2 blh pihak setuju spya tempoh pertunangan adlh setahun stgh berdsrkn beberapa faktor luaran & dalaman..so jgn ada yg ty2 haza ble,haza ble tau..penin nk jwb cyg..haza skrg staf akademik umt, skrg tgh wat msc kat um..Chong plk tgh kursus kpli..so kami rasa thn dpnla waktu yg sesuai, tggu sume setel..

Sbb bagi kami, tujuan utama sebuah perkahwinan adlh supaya kami dpt berkgsi hdp bersama..kalu kawin tp lps tu ddk berjauhan kurg la tercapai matlamat kami tu kn..jd ape2 hal kami relaks dulu.. one more thing, family pn mainkan peranan yg amat penting..kami dr keluarga yg amat sederhana, in the meantime family comes first, jd sume tu perlukan masa..haza mohon doakan kami sabar menempuh alam pertunangan dan selamat hingga ke jinjang pelamin (segannya lahai ckp psl ni,ehehehe..).

Anyway, xlma lg cuti sekolah kn, so ble time ct ni maksdnya musim org bertunang & kawen..kpd kwn2 yg akan mendirikan istana bahagia haza ucapkan Selamat Pengantin Baru..xlupa kepada ofismet Qila yg baru bergelar isteri beberapa hari yg lalu, akak doakan semoga rumahtangga yg dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin...cpt2 dpt baby tau, :-)

Ckp psl tunang & kawin ni, sedarkah kt bahawa dlm hdp kt ni sbnrnya sentiasa dilingkari dgn kasih sayang..sbgai umat islam kt diajar utk mengucapkan lafaz 'basmalah' setiap kali sebelum melakukan sesuatu..jika diamati maknanya, iaitu: Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ataupun Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kt memohon semoga kasih sayang ALLAH bersama kt dlm pekerjaan yg kt lakukan..dgn lafaz tersebut jg kt bgtau hati kt yg kt redha akan outcome pekerjaan itu krn jauh di sudut ht kt (walaupun kt slalu terlupa), kt percaya kt tiada kuasa ats suatu apa pn melainkan ihsan dari Tuhan semata-mata. tp kenapa ye kdg2 ada masa kt giv-up?adakah sbb kt tdk redha ats ketentuanNya?atau sbb kt xpercaya pd kasih sygNya?fikir-fikirkn..

Wassalam.









Dengan nama ALLAH...

First and foremost, thank you ALLAH SWT for guiding and protecting me in Iman & Islam..Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sejahtera ke atas keluarga baginda, tabiin dan saudara-saudaraku pengikut Rasulullah sekalian.


Hi kawan-kawan..yahoo..dapat jugak haza start wat blog sndiri, hehehe..tujuan sebenar nk suarakan sumting yg lidah ni xterkeluar..rasanya tulah masalah utama kita sebagai orang melayu kn, maklumlah dr kecik kt dh didik dgn sopan santun dan budi bahasa, jd kt dh terbiasa memendamkan apa2 ketidakpuashatian dan bersikap "sabar jelah"., "terima jelah" takpun "dh takdir nk wat mcmane".

Jd, haza harap dgn cara ni dpt haza salurkan sesuatu utk kt kongsikan bersama..kerana ilmu itu adalah sia2 jika tiada org lain yg tau..

Whatever it is, comments are welcomed..lgpn manusia ni kn xsempurna..semoga ada sesuatu yg dpt kt kongsikan dan kt improve for the sake of justice and Islam..till then, utamakan kasih sayang dalam kehidupan..cau cin cau...

Wassalam...






 
blog template by suckmylolly.com